masuk daftar

lebua at State Tower

 
State Tower 1055/111 Silom Road Bangrak, Bangkok, Thailand Tengah, Thailand
Bangkok Riverside (Tepi Sungai)
4.5 / 5 (2043 reviews)
dari USD 108 Tempah sekarang
 
4.5 / 5
We had a 3 bedroom suite on the 57th floor that was the best suite that I have ever stayed in which includes over 50 x 5 star hotels. The view was to ... Lihat semua 2043 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
lebua at State Tower adalah hotel mewah bertaraf lima bintang di Bang Rak, berdekatan daerah perniagaan Silom dan Sungai Chao Phraya. Kemudahan di premis adalah istimewa dan akan meninggalkan tetamu dengan kenangan manis dan gambar-gambar menakjubkan yang mungkin adalah pemandangan terbaik sungai berliku dan pemandangan kota Bangkok. Stesen BTS Skytrain Saphan Taksin berada lima minit berjalan kaki dari hotel begitu juga Jeti Sathorn dengan feri percuma yang berulang-alik ke Asiatique Night Market manakala beberapa buah feri menghala ke Bandar Lama, menempatkan banyak kuil yang tersergam megah serta Grand Palace. Bilik dan Suite di lebua at State Tower mempunyai sentuhan mewah dengan pemandangan indah dari balkoni peribadi dan perabot gaya klasik.

Kesemua 357 bilik luas mempunyai ruang tamu yang besar dengan TV skrin rata, pemain DVD, sofa berkusyen tebal, dapur lengkap dan bilik tidur peribadi dengan bilik air en-suite. Meskipun biliknya adalah menawan, perbezaan yang ketara antara lebua at State Tower dengan hotel mewah lain di kota ini adalah kualiti kemudahan makan dan santai: tiga aras teratas hotel menyediakan tempat makan mewah dan tetamu boleh menjamu selera di sini, sajian Eropah dan sajian Pan Asia selain menawarkan antara koktel paling hebat pernah anda rasai. Selain itu terdapat juga kolam renang bebas bentuk, pusat kecergasan yang besar dan lounge lobi.
  • Bilik Pemandangan Sungai
  • Restoran
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Dobi
  • Penjagaan Bayi
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Pusat Perniagaan
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Bilik dengan Balkoni
  • Akses Internet
  • Spa
  • Kolam Renang
  • Pengangkutan Awam
  • Internet WiFi
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Pekerja Rencam
  • Urutan
  • Wap/Sauna
  • Pengurup Wang
  • Tempat Letak Kereta
  • Sewaan Kereta
  • Peti Keselamatan
  • Perkhidmatan Limousin
  • Jakuzi
  • Kamera Keselamatan
  • TV Kabel / Satelit
  • Bilik Pemandangan Kota
  • Bilik untuk Orang Kurang Upaya
  • Perkhidmatan Bilik 24 Jam
  • Berdekatan Pengangkutan Aliran Pantas
  • Kawasan Hiburan Malam

Hotel lain yang berdekatan

Shangri-La Hotel, Bangkok
Shangri-La Hotel, Bangkok
 
4.7 / 5
( 774 reviews )
Bangkok Riverside (Tepi Sungai)
dari USD 149 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.7 / 5
Even thought we took the sky train to the hotel we were surprised to find out that only way to get down from the platform to the street was to carry t... Lihat semua 774 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Shangri-La Hotel Bangkok merupakan salah sebuah hotel lima bintang paling mewah di Bangkok dan lokasinya di tebing sungai menawarkan yang terbaik dari segi kemudahan dan keindahan. Terletak di tebing Sungai Chao Phraya, hotel ini memiliki pemandangan sungai yang sangat cantik, sama ada dari bilik atau kawasan tepi kolam. Kedudukannya juga memudahkan untuk ke daerah beli-belah utama, tempat menarik dan daerah perniagaan dengan kehadiran stesen BTS Skytrain Saphan Taksin yang berdekatan, menyenangkan tetamu ke seluruh kota. Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pula berada 30 - 35 minit dengan kereta.

Shangri-La Hotel Bangkok memiliki 802 bilik elegan, termasuk 72 suite di dua sayap berbeza, Shangri-La Wing dan Krungthep Wing. Semua bilik dihias dalam unsur klasik Thai, merangkumi fabrik sutera mewah dalam warna panas. Terdapat enam restoran berasingan untuk dinikmati, terutamanya restoran Itali yang pernah merangkul anugerah dan restoran Thai klasik yang mempunyai persembahan tarian setiap malam. Hotel menyediakan banyak pilihan buat tetamu agar tempoh menginap sesuatu yang memuaskan hati, seperti menaiki bot panjang secara persendirian ke tarikan terbaik yang terdapat di tepi sungai dan cruise makan malam menyusuri sungai Chao Phraya sambil menikmati pemandangan paling indah.
  • Bilik Pemandangan Sungai
  • Pusat Bandar
  • Restoran
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Gelanggang Tenis
  • Dobi
  • Penjagaan Bayi
  • Kemudahan Bankuet
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Salun Kecantikan/Tukang Gunting Rambut
  • Pusat Perniagaan
  • Aras Kelab/Eksekutif
  • Doktor di Hotel
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Membeli-belah
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Bilik dengan Balkoni
  • Akses Internet
  • Spa
  • Kedai Kopi
  • Kolam Renang
  • Arked Beli-belah
  • Pengangkutan Awam
  • Kawasan Kewangan
  • Internet WiFi
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Pekerja Rencam
  • Urutan
  • Wap/Sauna
  • Pengurup Wang
  • Perkhidmatan Perubatan
  • Tempat Letak Kereta
  • Sewaan Kereta
  • Peti Keselamatan
  • Perkhidmatan Limousin
  • Jakuzi
  • Kamera Keselamatan
  • Kedai Cenderamata
  • TV Kabel / Satelit
  • Ruang Istirahat Kelab/Eksekutif
  • Simpanan Bagasi
  • Bilik Pemandangan Kota
  • Bilik untuk Orang Kurang Upaya
  • Perkhidmatan Bilik 24 Jam
  • Berdekatan Pengangkutan Aliran Pantas
  • Kawasan Membeli-belah
  • Dermaga
  • Daerah Pusat Perniagaan
  • Kawasan Hiburan Malam
Tutup
Chatrium Hotel Riverside Bangkok
dari USD 88 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.6 / 5
Nice location on the river, but not in the center of all the Bangkok activity to provide a little more peace and quiet. Hotel offers a boat shuttle to... Lihat semua 1258 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Chatrium Hotel Riverside Bangkok yang terdiri dari 396 bilik menawarkan penginapan yang relaks dan mewah di Bangkok dengan segala kemudahan yang boleh dijangka dari premis lima bintang: pusat perniagaan gaya emper, gim yang bersih dan Nemita Spa untuk rawatan profesional. Tetapi apa yang menjadikan hotel ini menonjol adalah lokasinya di tepi sungai dan tingkap besar yang menjadikan Sungai Chao Phraya sebagai latarnya.

Terdapat dua buah restoran yang menawarkan sajian dim sum di tingkat 36 manakala sajian antarabangsa di aras bawah dengan tempat duduk di dalam serta terbuka. Dekorasi kontemporari bergaya direka bagi menggambarkan layanan dan warisan bot Bangkok adalah contoh terbaik hospitaliti Thai yang mesra. Bilik di Chatrium adalah besar dari segi saiz dan suasana. Tingkap besar menciptakan suasana terang dan lapang di setiap bilik dan memberikan pemandangan indah sebaik anda terjaga dari tidur.

Bilik Grand di kategori permulaan adalah seluas 60 mps yang membenarkan ruang untuk kemudahan memasak dan balkoni yang cukup besar untuk anda ke luar dan menikmati pemandangan. Kekurangan Bangkok dari segi pemandangan pantai dan bukit-bukau diatasi oleh pemandangan Sungai Chao Phraya dan Chatrium Hotel Riverside Bangkok adalah tempat yang paling ideal untuk menikmatinya.

Hotel ini disyorkan untuk: >>Keluarga >>Pasangan >>Rombongan

Kami suka:
-Pemandangan indah tebing sungai Bangkok
-Dekorasi gaya Thai kontemporari
-Pangkalan dan feri ulang-alik untuk membawa anda ke pusat bandar
-Restoran dim-sum Silver Waves di tingkat paling atas
-Tiupan angin sungai dan suasana yang tenang
-Bilik luas dengan ruang dapur dan bilik air serta tab mandi berasingan di setiap bilik

Apa anda patut tahu:
-Dekat kemudahan pengangkutan awam dengan bot
-Bukan berada di tengah
-Kebanyakan bilik mempunyai pemandangan sungai tetapi sesetengah bilik menghadap sungai
-Berdekatan pasar malam Asiatique

  • Bilik Pemandangan Sungai
  • Pusat Bandar
  • Restoran
  • Meja Lawatan
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Dobi
  • Penjagaan Bayi
  • Kemudahan Bankuet
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Salun Kecantikan/Tukang Gunting Rambut
  • Pusat Perniagaan
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Bilik dengan Balkoni
  • Taman Permainan Kanak-kanak
  • Akses Internet
  • Kedai Kopi
  • Kolam Renang
  • Lapangan Terbang
  • Taman Negara
  • Kawasan Pelancongan
  • Arked Beli-belah
  • Konvensyen Kebangsaan
  • Internet WiFi
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Pekerja Rencam
  • Wap/Sauna
  • Tempat Letak Kereta
  • Peti Keselamatan
  • Perkhidmatan Limousin
  • Kamera Keselamatan
  • TV Kabel / Satelit
Tutup
Anantara Riverside Bangkok Resort
dari USD 124 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.6 / 5
Great hotel! Amazing service. Would come back for sure! We joined the loy krathong celebration and was very beautiful evening by the river. Lihat semua 333 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Dibangunkan di atas sebidang tanah yang luas di tebing sungai Chao Phraya, Anantara Bangkok Riverside Resort and Spa memberikan alasan yang mencukupi untuk tidak meninggalkan hotel, kehadiran 11 restoran dan bar berasingan, kawasan kolam yang dipinggiri pokok palma, gelanggang tenis dan gim yang lengkap dengan aktiviti yang dirancang. Tambahkan ini kepada Anantara Spa yang memiliki rangkaian rawatan lengkap dan Crayon iaitu bilik permainan kanak-kanak, anda akan mempunyai aktiviti yang memuaskan seisi keluarga.

Dengan mainan unsur Thai yang digabungkan dengan kayu dan siling tinggi dari era kolonial, resort yang terdiri dari bangunan rendah ini bagaikan terasing dari kesibukan pusat bandar Bangkok, walaupun ia hanya 15 minit menaiki bot ke pangkalan dan stesen BTS di Saphan Taksin.

Bilik dihias dalam gaya kolonial dengan rekaan kayu berwarna gelap, karya seni Thai di dinding dan sebuah balkoni peribadi yang menghadap ke arah hutan tropika atau Sungai Chao Phraya. Walaubagaimanapun hotel masih mengikuti perkembangan moden dengan menyediakan dok iPod di setiap bilik berserta WiFi, TV dan pemain DVD. Bilik Deluxe adalah seluas 38 mps dan hasil dari tingkap yang besar, ia menerima cahaya semulajadi secukupnya. Bilik Deluxe Premier baru sahaja menjalani kerja pengubahsuaian dan agak mewah meskipun seluruh hotel telah dicipta untuk tetamu yang mahu merasai sisi Bangkok yang relaks dan tradisional.

Hotel ini disyorkan untuk: >>Keluarga >>Pasangan >>Rombongan >>Bersiar-siar

Kami suka:
-Kawasan seluas 11 ekar yang merangkumi tumbuhan tropika, pokok serta terusan yang bersimpang-siur
-Hotel berbangunan rendah yang mempunyai suasana tropika dan pokok palma mengelilingi kawasan kolam renang
-Bot ulang-alik percuma ke Pangkalan Saphan Taksin dan Stesen BTS setiap 30 minit dari 8:00-23:00 dan ke Asiatique dari 17:00 - 23:00
-11 buah restoran dan bar berasingan yang merangkumi sajian Itali, Polynesia dan Jepun
-Makan malam Anantara dan crusie di atas tongkang beras antik.
-Kelab kanak-kanak dengan aktiviti berjadual, konsol permainan dan kakitangan berdedikasi, percuma untuk semua tetamu.
-Anantara Spa yang terkenal di hotel .

Apa anda patut tahu:
-Bukan berada di tengah kawasan
-Di tebing sungai yang bertentangan dari Bangkok
-12 buah bilik mesyuarat dan khidmat acara perniagaan mengikut kehendak
-Dua buah lobi daftar masuk yang berasingan untuk pakej dan tetamu persendirian
-Bilik Premier telah diperbaharui walaubagaimanapun bilik bukan premier masih lagi mempunyai rekaan menawan, bergaya dan selesa.

  • Bilik Pemandangan Sungai
  • Restoran
  • Meja Lawatan
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Gelanggang Tenis
  • Dobi
  • Penjagaan Bayi
  • Kemudahan Bankuet
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Salun Kecantikan/Tukang Gunting Rambut
  • Pusat Perniagaan
  • Aras Kelab/Eksekutif
  • Kemudahan Orang Kelainan Upaya
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Bilik dengan Balkoni
  • Taman Permainan Kanak-kanak
  • Akses Internet
  • Spa
  • Kolam Kanak-kanak
  • Kedai Kopi
  • Kolam Renang
  • Kawasan Pelancongan
  • Pengangkutan Awam
  • Internet WiFi
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Pekerja Rencam
  • Urutan
  • Wap/Sauna
  • Pengurup Wang
  • Tempat Letak Kereta
  • Peti Keselamatan
  • Perkhidmatan Limousin
  • Jakuzi
  • Kamera Keselamatan
  • Kedai Cenderamata
  • Kelab Kanak-kanak
  • TV Kabel / Satelit
  • Ruang Istirahat Kelab/Eksekutif
  • Simpanan Bagasi
  • Bilik untuk Orang Kurang Upaya
  • Perkhidmatan Bilik 24 Jam
  • Bilik Permainan
  • Dermaga
Tutup
Millennium Hilton Bangkok
Millennium Hilton Bangkok
 
4.4 / 5
( 325 reviews )
Bangkok Riverside (Tepi Sungai)
dari USD 99 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.4 / 5
This Hotel is for you who want a little bit more. You have a feeling of business and luxury here. I would def recommend it for business traveling. For... Lihat semua 325 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Nikmati sepenuhnya kunjungan anda di Bangkok dengan menginap bersama kami di Millennium Hilton Bangkok. Anda pasti menikmati malam-malam anda tidur di bilik 5 kami, dan pada siang hari rangkaian kemudahan kami dan tarikan berhampiran akan memastikan lawatan anda ke Riverside ini adalah apa yang anda inginkan.

Jika anda mencari penginapan deluxe di Bangkok, anda telah menemuinya! Di Millennium Hilton Bangkok, kami menawarkan bilik bertaraf 5 bintang untuk pengembara yang melawat Riverside untuk perniagaan atau santai. Kami mempunyai segala yang anda harapkan daripada sebuah hotel hebat, memberikan tetamu rasa kemewahan yang takkan mereka lupakan.

Millennium Hilton Bangkok mempunyai bilik tidak merokok tersedia untuk kemudahan tetamu, menawarkan suasana yang selesa dan sihat untuk anda sepanjang penginapan anda bersama kami. Pastikan anda menyertakan permintaan untuk bilik tidak merokok sebagai sebahagian daripada tempahan anda jika anda inginkan bilik sedemikian.

Millennium Hilton Bangkok boleh menawarkan Jakuzi menenangkan untuk anda sepanjang penginapan bersama kami. Biarkan bebuih membawa pergi kerisauan anda dengan sesi berendam yang menenangkan di dalam Jakuzi kami.
  • Bilik Pemandangan Sungai
  • Pusat Bandar
  • Restoran
  • Meja Lawatan
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Dobi
  • Penjagaan Bayi
  • Kemudahan Bankuet
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Salun Kecantikan/Tukang Gunting Rambut
  • Pusat Perniagaan
  • Aras Kelab/Eksekutif
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Membeli-belah
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Spa
  • Kedai Kopi
  • Kolam Renang
  • Pengangkutan Awam
  • Padang Golf
  • Internet WiFi
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Pekerja Rencam
  • Wap/Sauna
  • Pengurup Wang
  • Tempat Letak Kereta
  • Sewaan Kereta
  • Peti Keselamatan
  • Perkhidmatan Limousin
  • Kedai Cenderamata
Tutup
Centre Point Silom
Centre Point Silom
 
4.4 / 5
( 752 reviews )
Bangkok Riverside (Tepi Sungai)
dari USD 64 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.4 / 5
This hotel is perfect for seeing the palace and the wats near the palace. Easy access to Santhorn pier and for boat rides up and down he Chao Praya Ri... Lihat semua 752 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Centre Point Silom terletak beberapa langkah dari Stesen BTS Skytrain Saphan Taksin dan Jeti Sathorn, terminal utama penumpang untuk Sungai Chao Phraya yang melalui Bangkok. Kemudahan pengangkutan secara jelas menjadikan premis empat bintang ini pilihan terbaik untuk pengunjung yang ingin berada dekat dengan kuil dan istana di bahagian bandar lama - Grand Palace, Wat Pho, Wat Arun - beberapa buah jeti di utara, dan akses secara langsung ke pelbagai tempat beli-belah dan hiburan malam di Silom dan Sukhumvit. Dalam kawasan yang berdekatan, hotel ini dibina di atas premis Robinson Department Store sementara daerah Bangrak menempatkan banyak hotel lima bintang yang menarik, rumah kedai Cina serta makanan jalanan terbaik di kota ini.

Tiga stesen skytrain akan membawa tetamu ke Silom dan kawasan hiburan malam Patpong, terkenal dengan pasar malamnya dan bar tidak senonoh yang membarisi jalan. Centre Point Silom lebih kepada apartmen servis, bermakna perkhidmatan yang profesional namun berhati-hati. Kolam renang bergaram terbuka dan bebas bentuk adalah menarik manakala pusat kecergasan, restoran dan perpustakaan, menyediakan segala kemudahan yang dijangkakan daripada sebuah premis pusat bandar. WiFi pantas secara percuma juga merupakan sentuhan yang menarik. Keluasan bilik bermula daripada 45 mps sehingga 90 mps di grand suite satu bilik tidur dan ruang yang luas ini menempatkan dapur lengkap, meja makan serta sofa yang besar dan selesa. Pemandangan sungai dari sesetengah bilik adalah sangat istimewa terutamanya pada sebelah malam apabila cahaya gemerlapan kota terpantul di air.
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Dobi
  • Salun Kecantikan/Tukang Gunting Rambut
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Akses Internet
  • Kolam Renang
  • Arked Beli-belah
  • Pengangkutan Awam
  • Internet WiFi
  • Wap/Sauna
  • Pengurup Wang
  • Tempat Letak Kereta
Tutup
Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers
dari USD 110 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.4 / 5
One of the best choice in Bangkok Lihat semua 289 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers Bangkok yang bertaraf lima bintang mengetengahkan gaya lama Thai bersama-sama kompleks gaya resort yang hebat, dihias dalam warna-warna terang dan perabot berukir, dan memandangkan kepada saiznya, sangat sesuai untuk sebarang jenis pengembara. Lobi berwarna keemasan dan berkayu jati merupakan sebuah tempat yang menarik dengan ciri air, pemuzik yang memainkan alat muzik Thai setiap hari dan juga replika Buddha Zamrud, imej Buddha paling suci di Thailand. Tidak dapat dinafikan anda berada di Thailand.

Di tingkat satu tetamu bakal menemui kebanyakan kemudahan santai: dua kolam renang, pemandangan sungai atau pemandangan taman, pusat kecergasan, gelanggang tenis, Mandara Spa dengan pakej mewah dan juga pilihan urutan Thai di luar dengan pemandangan sungai Chao Phraya. Terdapat juga pusat perniagaan yang terletak bersebelahan kawasan persidangan dan meyuarat. Empat buah restoran disediakan untuk kemudahan tetamu: sajian Itali di Giorgios, kepakaran panggang di Sambal dan restoran tradisional Thai, Thara Thong, di mana kesemua tempat ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang istimewa selain di Restoran Feast yang dibuka sepanjang hari.

Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers Bangkok, premis 28 tingkat yang menempatkan 726 bilik dan suite, memiliki pemandangan sungai dari tingkap lantai ke siling. Rekabentuk kontemporari klasik bertemakan warna lembut dan tanah amat menyenangkan manakala katil yang sangat empuk, TV LCD skrin rata, stesen kerja, WiFi pada kadar harian dan buah-buahan segar dihantar ke bilik setiap hari. Bilik kategori awal, Bilik Deluxe berukuran 36mps, lebih besar berbanding hotel lima bintang yang baru dibuka dan keluasan ini meningkat kepada 70mps untuk Suite Eksekutif yang menawarkan pemandangan kota Bangkok yang indah. Bagi tetamu perniagaan atau santai yang berhasrat meluangkan banyak masa di hotel, tempah Bilik Tower yang bukan sahaja memberikan pemandangan lebih baik dari tingkat 27 dan ke atas tetapi juga membenarkan akses ke Tower Lounge (juga disediakan untuk semua Suite) didatangkan dengan sarapan peribadi, penggunaan percuma bilik mesyuarat, minum petang, koktel dan penggunaan percuma stesen komputer.

Hotel ini disyorkan untuk: Keluarga, Pasangan, Bersiar-siar, Perniagaan, Santai

Kami suka:
- Lokasi tepi sungai dengan pemandangan sungai dari setiap bilik hasil daripada rekaan bentuk Y.
- Tongkang antik yang menarik dengan tempat duduk yang digunakan sebagai pengangkutan ulang-alik ke Stesen BTS Skytrain Saphan Taksin
- Katil signatur memastikan tidur malam yang lena dalam konfigurasi katil king atau katil queen
- Empat buah restoran dengan aneka hidangan
- Dua buah kolam renang - sebuah kolam bergaram dengan pemandangan sungai dan sebuah lagi di taman dengan kolam kanak-kanak, bar kolam dan sekawan burung merak

Apa anda patut tahu:
- Kesesakan lalu lintas amatlah teruk di kawasan ini tetapi feri percuma bertolak setiap 30 minit
- Perjalanan feri yang singkat dari istana dan kuil di bandar lama Bangkok
- Hotel mempunyai antara kemudahan persidangan dan mesyuarat paling lengkap di Bangkok
- Lounge eksekutif yang hebat untuk tetamu Tower Club
- Barisan kedai di aras bawah dan juga laluan terus ke River City Shopping Mall bersebelahan.
  • Bilik Pemandangan Sungai
  • Pusat Bandar
  • Restoran
  • Meja Lawatan
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Gelanggang Tenis
  • Dobi
  • Kemudahan Bankuet
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Salun Kecantikan/Tukang Gunting Rambut
  • Pusat Perniagaan
  • Aras Kelab/Eksekutif
  • Doktor di Hotel
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Akses Internet
  • Spa
  • Kolam Kanak-kanak
  • Kolam Renang
  • Kawasan Pelancongan
  • Arked Beli-belah
  • Pengangkutan Awam
  • Internet WiFi
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Pekerja Rencam
  • Urutan
  • Wap/Sauna
  • Pengurup Wang
  • Perkhidmatan Perubatan
  • Tempat Letak Kereta
  • Peti Keselamatan
  • Perkhidmatan Limousin
  • Jakuzi
  • Kamera Keselamatan
  • Kedai Cenderamata
  • TV Kabel / Satelit
  • Ruang Istirahat Kelab/Eksekutif
  • Simpanan Bagasi
  • Perkhidmatan Bilik 24 Jam
  • Berdekatan Pengangkutan Aliran Pantas
  • Kawasan Membeli-belah
  • Dermaga
Tutup
Novotel Bangkok Fenix Silom
dari USD 51 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.1 / 5
Enjoyed my stay though it was a booking I made without breakfast. Was conveniently located close to JTC, Silom Lihat semua 461 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Novotel Bangkok Fenix Silom berada di tengah-tengah pusat kewangan Bangkok. Dikelilingi oleh menara pejabat yang berkilauan serta rumah kedai tradisional, ia adalah kawasan kontra yang menjadi lambang Bangkok moden: menuju masa depan tanpa mengabaikan warisan kebudayaan. Silom terkenal sebagai sebuah kawasan yang menempatkan kebanyakan restoran terbaik di Bangkok, dan berhampiran dengan Silom adalah kawasan hiburan dan pasar malam yang terkenal, Patpong. Stesen BTS Skytrain di Chong Nonsi dan jeti di hadapan Stesen BTS Saphan Taksin menyumbang kepada sistem pengangkutan yang baik. Walaupun jarak kedua-dua stesen tersebut adalah dekat dan boleh berjalan kaki, pihak hotel ada menyediakan perkhidmatan bas pergi dan balik ke Stesen Sala Daeng secara percuma. Berdekatan dengan Novotel Bangkok Fenix Silom, terletaknya Lebuhraya Bertol Sirat yang memendekkan masa perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi kepada 30 minit sahaja.

Hotel bertaraf 4 bintang ini mengandungi 216 biik sesuai untuk tetamu yang hadir atas urusan bisnes atau bertujuan untuk melancong dengan reka bentuk hotel yang moden dan praktikal. Setiap bilik dihiasi dalam warna krim lembut serta hiasan kayu berwarna pucat, dilengkapi juga dengan bantal kecil berwarna cerah mewujudkan pecahan warna yang menarik. Novotel Bangkok Fenix Silom dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sesuai dengan jangkaan terhadap hotel milik Novotel: pusat kesihatan, sauna, kolam renang serta dek matahari, kemudahan kerusi roda, kafe, kedai cenderahati dan pengurup wang. Internet berkelajuan tinggi tanpa wayar juga boleh didapati dengan caj. Daripda empat restoran yang terdapat di hotel ini, Maggie Choos adalah restoran yang terletak di tingkat bawah tanah yang mana merupakan salah satu bar yang menjadi bualan ramai di Thailand, direka seperti sarang candu di dalam peti besi bank dengan gadis berayun daripada bumbung serta koktel eksklusif.
  • Pusat Bandar
  • Restoran
  • Meja Lawatan
  • Pusat Kecergasan
  • Dobi
  • Penjagaan Bayi
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Pusat Perniagaan
  • Disko / Kelab Malam
  • Aras Kelab/Eksekutif
  • Kemudahan Orang Kelainan Upaya
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Membeli-belah
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Akses Internet
  • Kedai Kopi
  • Kolam Renang
  • Kawasan Pelancongan
  • Arked Beli-belah
  • Pengangkutan Awam
  • Kawasan Kewangan
  • Internet WiFi
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Pekerja Rencam
  • Pengurup Wang
  • Sewaan Kereta
  • Peti Keselamatan
  • Perkhidmatan Limousin
  • Kamera Keselamatan
  • Kedai Cenderamata
  • TV Kabel / Satelit
  • Simpanan Bagasi
  • Bilik Pemandangan Kota
  • Bilik untuk Orang Kurang Upaya
  • Perkhidmatan Bilik 24 Jam
  • Berdekatan Pengangkutan Aliran Pantas
  • Kawasan Membeli-belah
  • Daerah Pusat Perniagaan
  • Kawasan Hiburan Malam
Tutup
Shanghai Mansion Bangkok
dari USD 73 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.4 / 5
great hotel in the heart of china town, a nice escape from the city Lihat semua 370 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Nikmati lebih dari 2000 suratkhabar dan majalah dari lebih 100 negara di tablet, telefon pintar atau komputer riba anda. Secara percuma untuk tetamu yang menginap di Shanghai Mansion Bangkok bermula dari 1 November 2013.

Berada di antara kedai dan tokong di Chinatown, menginap di hotel Shanghai era 1930-an ini akan memberi pengalaman yang tidak pernah dialami sebelum ini - kecuali anda pernah tinggal di Shanghai pada era 1930-an. Konsep rekaannya akan memukau anda sebaik masuk ke lobi yang berlangsir baldu, sofa kulit Chippendale serta chandelier ibarat sebuah ruang tamu mewah.

Sementara anda menghirup teh dan menyegarkan diri dengan tuala sejuk berpeppermint sewaktu tiba, anda dapat menikmati gabungan pelbagai perabot antik dan karya faux-vintage yang direka khas bagi memastikan Shanghai Mansion sempurna - mungkin berjangkit - dimaafkan sekiranya anda menari waltz dari lobi ke pintu bilik anda. Walaupun Shanghai Mansion setinggi tujuh tingkat ini mempunyai kemudahan yang terhad terutamanya ketiadaan kolam renang dan pusat kecergasan namun Gallery adalah aktiviti berpakaian cantik yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur manakala dewan ballroom berkubah di tingkat paling tinggi sangat cantik.

Tiga buah kategori bilik menawarkan ruang yang merehatkan sebagaimana di ruang umum dengan perabot upholsteri antik, katil empat tiang dan lantera Cina seperti zaman silam tetapi dengan mainan warna terang bagi menghasilkan suasana menyeronokkan. Bilik Superior (Mei Hua) di kategori permulaan berukuran 29 mps, walaupun begitu ia tidak mengabaikan kemudahan. Terdapat TV LCD di semua bilik dan tetamu dapat menggunakan bar mini, namun jika anda ingin lebih relaks untuk menikmati permainan dam Cina atau Jenga sambil berehat di kerusi di beranda tingkat dua. Untuk sesuatu yang benar-benar istimewa, inap di Suite unik (Mu Dan) yang berukuran 49 mps dengan katil siang yang ditempah khas, pembahagi dinding kekisi dan tab mandi dalam. Warna hijau laut, merah jambu dan merah merupakan warna terang tetapi menghasilkan suasana romantis. Shanghai Mansion adalah tempat terbaik menginap di Chinatown dari segi lokasi, layanan dan keseronokan.

Hotel ini disyorkan untuk: >>Pasangan >>Bulan Madu >>Bersiar-siar

Kami suka:
-Konsep reka bentuk ajaib yang membawa anda ke era dan tempat lain
-Hiasan dalaman yang mewah dan teliti
-The Gallery : aktiviti pakaian studio yang sesuai untuk semua keluarga dengan pelbagai pilihan kostum tradisional Cina
-Suite (Mu Dan) sesuai untuk percutian romantik dan digunakan dalam kebanyakan penggambaran foto
-Koridor lebar sesuai untuk bersantai menghadap taman air
-Cotton: restoran Thai dan bar jazz di hotel

Apa anda patut tahu:
-Kelas memasak bersama pakar atas permintaan
-Semua tempat menarik di Chinatown Bangkok mudah dikunjungi
-Bar mini percuma yang berganti setiap hari
-Tiada kolam renang
-Pengangkutan awam terdekat ialah stesen MRT Hua Lampong dengan tuk-tuk
-WiFi percuma
  • Restoran
  • Meja Lawatan
  • Kemudahan Persidangan
  • Dobi
  • Penjagaan Bayi
  • Pusat Perniagaan
  • Perkhidmatan Bilik
  • Membeli-belah
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Akses Internet
  • Kedai Kopi
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Sewaan Kereta
  • Peti Keselamatan
Tutup
The Peninsula Bangkok
The Peninsula Bangkok
 
4.8 / 5
( 217 reviews )
Bangkok Riverside (Tepi Sungai)
dari USD 138 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.8 / 5
This hotel thinks of everything to make the stay enjoyable. Top notch all the way! Lihat semua 217 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Tetamu The Peninsula Bangkok, setinggi 37 tingkat, pasti kagum dengan pesona kolonial ibarat sebuah istana besar namun layanan yang sempurna dan ketelitian yang diberikan adalah tarikan sebenar dan menjadi penanda aras untuk halatuju hotel mewah premium. Kasut digilap pada sentuhan butang; suratkhabar kegemaran anda dikenalpasti dan dihantar setiap pagi manakala tempat duduk kegemaran anda semasa sarapan diingati sepanjang tempoh menginap. Setiap permintaan dipenuhi dan tidak perlu diminta dua kali. Ia adalah layanan hebat yang diberikan kepada tetamu di The Peninsula Bangkok.

Bersarapan secara bufet di The River Cafe - dalam persekitaran indah di tepi Chao Phraya dan di sebelah laman - menawarkan permulaan menakjubkan kepada hari anda manakala lima buah restoran lagi menyediakan sesuatu yang berbeza. Dua perkara penting yang perlu dicuba di The Peninsula Bangkok adalah sesi minum petang di The Lobby dan dim-sum di Restoran Kantonis Mei Jiang. Tambahkan pengalaman spa terbaik di bandar dan anda memperoleh pakej lengkap kemewahan yang tiada batasan yang terdapat di The Peninsula Bangkok.

Bilik mempunyai kemudahan ultra-moden yang tidak pudar dek zaman, setiap satu dengan pemandangan Sungai Chao Phraya. Bilik air yang besar dengan dua sinki dan cermin solek, tab mandi berasingan (ada televisyen) dan pancuran meneruskan tradisi prestij yang mengagumkan tetamu sebaik masuk ke ruang masuk. Bilik Deluxe berkeluasan sekitar 46 mps menjadikannya yang terbesar di bandar dan memberikan ruang untuk meja kerja eksekutif, sofa dan meja makan. Bilik-bilik di The Peninsula Bangkok dihias menawan dan selesa, tidak mengikut trend semasa tetapi menggunakan perabot kayu yang malar dan warna-warna lembut.

Bagi mereka yang ingin berada dektan dengan tebing sungai Bangkok, Bilik Balkoni di aras lebih tinggi menawarkan ruang luar yang selesa dengan pemandangan indah Bangkok dan aktiviti sungai, pemandangan sempurna sambil menikmati minuman selepas seharian menjelajah kota. Walaupun The Peninsula Bangkok berada di seberang sungai dari pusat bandar Bangkok, terdapat tiga feri ulang-alik yang bersedia membawa tetamu ke rangkaian sistem BTS Skytrain berdekatan dalam masa beberapa minit.

Hotel ini disyorkan untuk: >>Bersiar-siar >>Pasangan >>Urusan kerja >>Keluarga

Kami suka:
-Perkhidmatan sempurna dari kakitangan berdedikasi termasuk servis butler personal
-Laman yang terjaga, siling tinggi dan perabot kayu gelap yang memberikan suasana mewah dan berkekalan
-Semua bilik mempunyai pemandangan sungai dan pemandangan kota Bangkok
-Kolam lata yang mengalir ke tebing sungai namun terlindung dari laluan oleh pokok renek dan bunga tropika
-Katil yang empuk dan besar, kedua-duanya bersaiz raja dan kembar
-Sesi minum petang yang hebat di lobi menghadap sungai yang mendamaikan dan restoran Kantonis terkenal, Mei Jiang, menyajikan dim-sum terbaik di Bangkok

Apa anda patut tahu:
-The Peninsula Bangkok berada di seberang sungai dari pusat bandar Bangkok namun terdapat khidmat bot shuttle yang kerap dari pangkalan persendirian
-WiFi percuma, sambungan kabel Ethernet dan mesin faks disediakan di semua bilik
-Soket palam universal disediakan di semua bilik
-Pusat media dengan TV LCD 41" dan pemain Bluray, sistem bunyi keliling, SD card reader dan dok Ipod (tidak sesuai dengan Iphone 5)
-Bilik besar yang mempunyai ruang untuk ruang masuk berasingan, sofa dengan meja kopi dan meja kerja saiz eksekutif.
  • Bilik Pemandangan Sungai
  • Restoran
  • Meja Lawatan
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Gelanggang Tenis
  • Penjagaan Bayi
  • Kemudahan Bankuet
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Salun Kecantikan/Tukang Gunting Rambut
  • Pusat Perniagaan
  • Kemudahan Orang Kelainan Upaya
  • Bilik Bebas Rokok
  • Bilik dengan Balkoni
  • Akses Internet
  • Spa
  • Kolam Kanak-kanak
  • Kedai Kopi
  • Kolam Renang
  • Pengangkutan Awam
  • Padang Golf
  • Pekerja Rencam
  • Urutan
  • Wap/Sauna
  • Pengurup Wang
  • Sewaan Kereta
  • Perkhidmatan Limousin
  • Jakuzi
Tutup
Tower Club at lebua
Tower Club at lebua
 
4.5 / 5
( 205 reviews )
Bangkok Riverside (Tepi Sungai)
dari USD 144 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.5 / 5
I LOOOOOVE this hotel! Great service, Great rooms & AHHHHHMAZING views! I've stayed at many hotels in Bangkok and this by far was my most favorite. Th... Lihat semua 205 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Tower Club at lebua menyerlahkan suasana prestij lebih-lebih lagi di kategori bilik Tower Club yang terletak di tingkat 51 hingga tingkat 59 manakala Suite Hangover yang terkenal berada di tingkat paling atas (rujukan kepada filem tentang parti bujang yang menghasilkan masalah). Kategori awal Suite 1 Bilik Tidur bermula dari 66mps dan setiap bilik mempunyai balkoni bertiang bagi menikmati pemandangan yang sukar dilupakan. Keluasan Suite 2 Bilik Tidur dan Suite 3 Bilik Tidur meningkat kepada 176mps dan 266mps, menyediakan dapur yang lengkap, en-suite, tiga buah balkoni berasingan dan ruang tamu serta ruang makan yang besar. Dilengkapi dalam gaya klasik, dekorasinya adalah lebih cenderung ke arah selesa berbanding chic: ruang yang mengalukan selepas seharian membeli-belah atau berkunjung ke kuil dan muzium berdekatan. Beberapa minit berjalan kaki untuk ke Stesen BTS Saphan Taksin dan Jeti Sathorn Central di daerah Bangrak Bangkok, lokasi Tower Club at lebua adalah tepat untuk mereka yang ingin bersiar-siar dan pelancong yang merancang untuk ke pelbagai tempat di kota ini.

Penekanan yang jelas diberikan terhadap restoran dan bar di Tower Club at lebua dan kubah emas di puncak premis ini diserahkan sepenuhnya terhadap tumpuan ini: Mezzaluna di tingkat 65 menghidangkan empat atau tujuan menu hidangan berasaskan kepada sajian Eropah paling inovatif. Di tingkat 63 anda akan menemui Sky Bar dan Sirocco, menawarkan sajian Mediterranean al fresco, koktel dan pemandangan indah kota. Terdapat juga sebuah bar koktel yang dipanggil Distil dan restoran pan-Asia dikenali sebagai Breeze. Tidak dinafikan pemandangan dari Sirocco atau bar atas bumbung Distil adalah mengagumkan; amat dikesalkan kerana kejayaannya menyumbang kepada kesesakan orang ramai dan keperluan untuk mengasingkan pengunjung restoran daripada mereka yang berkunjung hanya untuk koktel (walaupun koktel enak berharga 500 baht). Tumpuan kepada suite yang luas dan sajian terkini bermakna lobi sedikit sempit dan menyediakan kemudahan yang menepati hotel lima bintang premium tanpa faktor yang mengagumkan. Pusat perniagaan, kolam renang luar dan gim besar dengan jurulatih peribadi adalah menyenangkan berbanding mengujakan.

Hotel ini disyorkan untuk: Pasangan, Bersiar-siar, Kumpulan, Penggemar Makanan

Kami suka:
- Tiga buah restoran dan bar koktel atas bumbung - antara yang terbaik di Bangkok
- Semua bilik mempunyai balkoni untuk menikmati pemandangan indah kota
- Suite yang luas dengan dapur lengkap dan tempat duduk yang banyak
- Gerai makanan penjaja di sekeliling hotel
- Kemudahan tetamu yang terjaga termasuk kolam asimetrik yang besar, pusat kecergasan dengan kakitangan dan spa

Apa anda patut tahu:
- Lima minit berjalan kaki ke Stesen BTS Saphan Taksin dan jeti pusat sungai Chao Phraya
- Lalu lintas di kawasan ini sesak semasa waktu puncak
  • Bilik Pemandangan Sungai
  • Pusat Bandar
  • Restoran
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Dobi
  • Penjagaan Bayi
  • Kemudahan Bankuet
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Pusat Perniagaan
  • Aras Kelab/Eksekutif
  • Kemudahan Orang Kelainan Upaya
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Bilik dengan Balkoni
  • Akses Internet
  • Spa
  • Kolam Kanak-kanak
  • Kolam Renang
  • Arked Beli-belah
  • Pengangkutan Awam
  • Konvensyen Kebangsaan
  • Kawasan Kewangan
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Pekerja Rencam
  • Urutan
  • Wap/Sauna
  • Pengurup Wang
  • Tempat Letak Kereta
  • Peti Keselamatan
  • Perkhidmatan Limousin
  • Jakuzi
  • Kamera Keselamatan
  • TV Kabel / Satelit
  • Ruang Istirahat Kelab/Eksekutif
  • Simpanan Bagasi
  • Bilik Pemandangan Kota
  • Bilik untuk Orang Kurang Upaya
  • Perkhidmatan Bilik 24 Jam
  • Kawasan Membeli-belah
  • Daerah Pusat Perniagaan
Tutup
ibis Bangkok Riverside
ibis Bangkok Riverside
 
4.2 / 5
( 490 reviews )
Bangkok Riverside (Tepi Sungai)
dari USD 37 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.2 / 5
The hotel is pretty good and the location is convenient for us. The room was also a good size for a family of four. We stayed there for 10 nights and ... Lihat semua 490 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel
Ibis Bangkok Riverside terletak di tebing Sungai Chao Phraya. Mengambil masa 30 minit dengan kereta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi tetapi tetamu berada hanya 4km dari pusat bandar. Menawarkan 266 bilik bebas rokok yang mempunyai reka bentuk serta perabot moden termasuk penyaman udara, TV kabel dan mesin membancuh kopi. Peti besi juga disediakan selain meja kerja yang berada di dalam ruang kerja di setiap bilik selain bar mini dan peti sejuk.

Ibis Bangkok Riverside menawarkan shuttle percuma ke stesen BTS Skytrain Krungthonburi. Tetamu menikmati perkhidmatan letak kereta percuma selain akses WiFi percuma. Restoran hotel memiliki nama yang menarik, dipanggil Its all about TASTE dan menghidangkan sajian tempatan dan antarabangsa. Terdapat sebuah bar di lobi untuk tetamu menikmati snek ringan dan aneka pilihan minuman.
  • Bilik Pemandangan Sungai
  • Restoran
  • Meja Lawatan
  • Kemudahan Persidangan
  • Dobi
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Bilik Bebas Rokok
  • Akses Internet
  • Kolam Kanak-kanak
  • Kolam Renang
  • Pengangkutan Awam
  • Internet WiFi
  • Pengurup Wang
  • Tempat Letak Kereta
  • Peti Keselamatan
  • Kamera Keselamatan
  • TV Kabel / Satelit
  • Simpanan Bagasi
  • Bilik Pemandangan Kota
  • Bilik untuk Orang Kurang Upaya
  • Dermaga
Tutup
Mandarin Oriental, Bangkok
Mandarin Oriental, Bangkok
 
4.8 / 5
( 113 reviews )
Bangkok Riverside (Tepi Sungai)
dari USD 350 Tempah sekarang
 
Maklumat lanjut
4.8 / 5
Hotel was nice. The spa was amazing. The flowers in the lobby and room added a very nice touch. The concierge service was horrible. Do not bother to a... Lihat semua 113 ulasan tetamu Hotels.com yang disahkan
Papar Kadar
Mengenai Hotel ini
Kemudahan Hotel

Lokasi.
Terletak dalam kejiranan (Bangkok Riverside) di Bangkok, Mandarin Oriental, Bangkok adalah hotel mesra keluarga yang terletak berhampiran dengan Muzium Cangkerang Bangkok, Kompleks Beli-belah River City dan Sena Fest. Juga terdapat berdekatan adalah Wat Yan Nawa dan Kuil Sri Mariamman.

Ciri-ciri Hotel.
Mandarin Oriental, Bangkok mempunyai spa perkhidmatan penuh, 2 kolam renang terbuka, gelanggang tenis terbuka dan sebuah kelab kesihatan. Akses internet wayarles terdapat di tempat awam (surcaj dikenakan). Hotel 5 bintang ini mempunyai kemudahan perniagaan yang termasuk pusat niaga, bilik-biilik mesyuarat dan perkhidmatan limousin/kereta bandar. Pilihan menjamu selera di hotel termasuk 10 restoran berserta dengan kedai kopi atau kafe, bar tepi kolam dan bar/ruang istirahat. Kakitangan boleh menguruskan perkhidmatan rencam, bantuan pelancongan/tiket dan perkhidmatan perkahwinan. Kemudahan tambahan termasuk kolam kanak-kanak, kelab kanak-kanak percuma dan kelab kanak-kanak. Dengan surcaj, tetamu mendapat akses ke pengangkutan ulang-alik lapangan terbang (tersedia atas permintaan). Letak kenderaan valet dan letak kenderaan sendiri adalah percuma. Hartanah ini mempunyai kawasan yang dikhaskan untuk merokok.

Bilik tamu.
368 bilik tamu berhawa dingin di Mandarin Oriental, Bangkok adalah termasuk stesen dok iPod dan bar mini. Katil mempunyai gebar bulu kapas dan peralatan tempat tidur premium. Menu bantal disediakan. Dengan bayaran surcaj, tetamu boleh menggunakan akses Internet kelajuan tinggi wayarles dan berwayar dalam bilik. Bilik dilengkapi dengan Televisyen LCD dengan saluran kabel, pemain DVD dan filem berbayar. Semua penginapan disediakan dengan meja, peti besi dan telefon. Bilik mandi dilengkapkan dengan tab mandi dan pancuran berasingan dengan tab mandi rendaman dalam. Bilik mandi juga merangkumi jubah mandi, pengering rambut dan selipar. Peti sejuk dan air botol percuma disediakan dalam bilik. Kemudahan tambahan termasuk surat khabar percuma dan kelengkapan dandanan diri percuma. Selain itu, kemudahan yang disediakan atas permintaan adalah termasuk perkhidmatan urut dalam bilik dan peralatan tempat tidur hipoalergenik. Perkhidmatan "turndown" ditawarkan setiap malam, sedangkan pengemasan disediakan setiap hari.

  • Restoran
  • Meja Lawatan
  • Kemudahan Persidangan
  • Pusat Kecergasan
  • Gelanggang Tenis
  • Dobi
  • Penjagaan Bayi
  • Kemudahan Bankuet
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Salun Kecantikan/Tukang Gunting Rambut
  • Pusat Perniagaan
  • Aras Kelab/Eksekutif
  • Doktor di Hotel
  • Kemudahan Orang Kelainan Upaya
  • Perkhidmatan Bilik
  • Bilik Bebas Rokok
  • Membeli-belah
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Bilik dengan Balkoni
  • Akses Internet
  • Spa
  • Kedai Kopi
  • Kolam Renang
  • Arked Beli-belah
  • Pengangkutan Awam
  • Konvensyen Kebangsaan
  • Gelanggang Skuasy
  • Urutan
  • Wap/Sauna
  • Pengurup Wang
  • Tempat Letak Kereta
  • Perkhidmatan Limousin
Tutup
Lihat semua hotel di Riverside