Polisi Privasi

Di asiawebdirect.com, kami komited dalam melindungi privasi dan keselamatan maklumat kenal pasti peribadi ("PII") yang anda berikan kepada kami. PII merangkumi maklumat yang boleh dikaitkan kepada individu khusus seperti nama, alamat, nombor telefon atau alamat emel.

Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengendalikan dan melindungi PII anda mengikut prinsip privasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Polisi ini kali terakhir dipinda pada 4 Oktober 2010.

Kami berhak mengubah atau meminda polisi ini pada sebarang masa dan untuk sebarang sebab. Sebarang perubahan terhadap Polisi Privasi ini akan dimaklumkan di laman web ini. Pertanyaan mengenai polisi ini perlu diemel kepada privacy@asiawebdirect.com

Apa maklumat yang kami kumpul
Sebagai satu langkah untuk menjadikan perkhidmatan kami ringkas dan mudah digunakan kami tidak mencipta, mengguna atau menyimpan profil pelanggan kami. Kami hanya menyimpan PII dan maklumat lain yang kami perlukan untuk berurusan dengan anda. info lanjut

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda
Kami hanya menggunakan PII anda bagi tujuan membalas dan memenuhi permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan kami. info lanjut

Siapa yang kami kongsi maklumat anda
Kami tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tempahan pelanggan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan dengan tempahan anda atau penyampaian khidmat kami kepada anda. info lanjut

Bagaimana anda mengawal dan mengakses maklumat anda
Kami percaya bahawa pengunjung laman dan pelanggan perlu mempunyai kuasa ke atas pengumpulan dan penggunaan PII mereka. info lanjut

Bagaimana kami melindungi maklumat anda
Bagi memastikan kerahsiaan PII anda, kami menggunakan teknologi keselamatan dan prosedur terkemuka yang sentiasa disemak dan dikemaskini. info lanjut

Apa Maklumat Yang Kami Kumpul

Sebagai satu langkah untuk menjadikan perkhidmatan kami ringkas dan mudah digunakan kami tidak mencipta, mengguna atau menyimpan profil pelanggan kami. Kami hanya menyimpan PII dan maklumat lain yang kami perlukan untuk berurusan dengan anda. Pada semua halaman web kami yang mengumpul PII, kami menerangkan secara khusus apa maklumat yang diperlukan bagi memberikan produk atau perkhidmatan yang anda minta.

Kami mengumpul PII apabila anda:

  • Buat Tempahan
    Kami mengumpul nama penuh anda, alamat emel dan nombor telefon setiap kali anda membuat tempahan di laman kami. Kami juga mengumpul maklumat kad kredit merangkumi nombor kad, jenis kad, nombor sekuriti, penginapan yang dibeli menerusi laman kami.
  • Langgan buletin kami
    Kami gunakan alamat emel anda apabila anda membuat tempahan di laman kami atau memohon memuat turun panduan kembara untuk berlanggan buletin AsiaWebDirect. Anda bebas untuk membatal langganan buletin kami pada bila-bila masa (lihat di bawah untuk cara membatal langganan).
  • Tinjauan, promosi dan maklumat pertandingan
    Kadang-kadang, kami menawarkan pengunjung laman atau penerima buletin peluang untuk menyertai tinjauan, promosi atau pertandingan. PII yang kami kumpul apabila anda menyertai tinjauan, promosi atau pertandingan merangkumi nama penuh anda, alamat emel, nombor telefon dan alamat rumah.
  • Hubungi kami
    Kami mengumpul PII seperti nama penuh anda, alamat emel dan/atau nombor telefon apabila anda menghantar pertanyaan atau cadangan, atau memohon bantuan berkenaan tempahan.

Maklumat lain yang kami kumpul:

  • Maklumat Statistik
    Apabila anda mengunjungi laman kami, kami menyimpan maklumat am berkenaan kunjungan anda bagi tujuan statistik. Statistik ini tidak mengandungi sebarang PII.
  • Alamat IP
    Apabila anda mengunjungi laman kami pelayan web kami akan merakam alamat IP komputer anda secara automatik (lokasi di Internet) bagi membantu perlindungan fraud.
  • Cookies
    Kami boleh, dari masa ke masa, menggunakan "cookies" untuk menyimpan kegemaran anda, merakam maklumat sesi dan mengumpul maklumat bagaimana anda melawat dan mengakses halaman web kami. Kami mengumpul maklumat halaman web yang dikunjungi pelanggan kami bagi membantu kami menambah baik perkhidmatan kami.

    Cookies adalah kepingan maklumat yang dihantar oleh laman web kami ke cakera keras komputer anda bagi tujuan simpanan rekod. Cookies dapat menjadikan web lebih membantu dengan menyimpan maklumat mengenai kegemaran anda di laman tertentu. Penggunaan cookies adalah standard industri dan banyak laman web menggunakannya bagi memberikan ciri-ciri yang berguna kepada anda. Cookies dalam kata lain tidak mengenalpasti anda secara peribadi, hanya komputer anda.

    Anda boleh memadamkan cookies dari komputer anda pada bila-bila masa (lihat menu help pelayar internet untuk maklumat lanjut); bagaimanapun, ia akan menghilangkan semua cookies dan bukan sahaja yang melibatkan laman kami. Anda boleh memadamkan cookies yang menyambungkan property ke senarai pendek anda secara individu dengan menekan pilihan remove apabila property muncul di senarai pendek anda.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami menggunakan PII anda bagi tujuan membalas dan memenuhi permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan kami. Maklumat yang dikumpul di laman kami mungkin diguna untuk:

  • Pembelian produk atau perkhidmatan
    Maklumat yang dikumpul apabila anda membeli dari kami digunakan untuk mengecaj kad kredit anda dan menghantar pengesahan tempahan anda secara elektronik. Kami boleh menghubungi anda mengenai penginapan anda bagi tujuan khidmat pelanggan atau membuat sebarang perubahan atau pembatalan kepada tempahan anda.
  • Hantar emel buletin
    Kami hanya akan menghantar buletin kepada mereka yang memilih untuk menerimanya (termasuk dengan bersetuju kepada terma dan syarat tempahan di laman kami).
  • Komunikasi dengan anda
    Kami akan menggunakan alamat emel anda dan/atau nombor telefon untuk menghubungi anda apabila anda menghantar pertanyaan atau cadangan atau jika kami perlu menghubungi anda berkenaan tempahan anda. Kami boleh menggunakan alamat emel anda dan maklumat tempahan bagi memaklumkan perkhidmatan tambahan dan tawaran istimewa dan untuk membina ciri-ciri yang menjadikan perkhidmatan lebih mudah dan lebih personal untuk kegunaan anda. Atas permintaan anda, kami tidak akan menghantar sebarang maklumat atau tawaran yang tidak berkaitan dengan tempahan khusus anda. Atas permintaan anda, kami akan menghantar maklumat tempahan anda ke alamat emel anda atau menerusi cara berhubung lain yang dicadangkan tertakluk kepada prosedur pengesahan identiti pelanggan kami yang dapat dipenuhi.
  • Perlindungan Fraud
    Kami boleh memberikan maklumat kad kredit dan alamat IP anda kepada penyedia perkhidmatan tapisan fraud bagi membantu perlindungan terhadap penipuan.

Dengan Siapa Kami Kongsi Maklumat Anda

Kami tidak akan mendedahkan sebarang maklumat berkenaan tempahan pelanggan kepada sesiapa kecuali dalam keadaan berikut:

  • Pembekal Penginapan
    Kami memberikan nama tetamu, nombor telefon dan alamat emel bagi setiap tempahan yang dibuat kepada pembekal penginapan yang berkaitan. Pembekal penginapan kami memerlukan maklumat ini untuk tempahan dan mungkin menggunakannya jika mereka perlu berhubung dengan anda berkenaan tempahan. Kami boleh juga memberikan maklumat kad kredit anda menerusi halaman yang dilindungi kata laluan yang selamat kepada pembekal penginapan semata-mata untuk tujuan jaminan tempahan anda atau untuk pembekal mengecaj sebahagian dari nilai tempahan (jika tertakluk).
  • Proses Bayaran
    Kami menghantar maklumat kad kredit dan alamat bil anda kepada bank yang memproses bayaran anda melalui get laluan bayaran yang selamat. Kami boleh memberikan maklumat kad kredit dan alamat IP anda (lokasi di Internet) kepada penyedia perkhidmatan tapisan fraud kami.
  • Anggota kumpulan syarikat
    Kami boleh memberikan maklumat peribadi anda kepada syarikat kumpulan kami yang lain (syarikat berkaitan Asia Web Direct (HK) Limited) bagi tujuan membantu tempahan anda dan melaksanakan aktiviti seperti yang diterangkan di dalam Polisi Privasi ini.
  • Obligasi undang-undang
    Kami boleh diminta mengikut undang-undang mendedahkan maklumat yang diberikan anda kepada kami. Kami boleh mendedahkan maklumat mengenai mereka yang memberi ancaman kepada kepentingan kami (seperti penipuan pelanggan) atau aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Bagaimana Anda Mengawal dan Mengakses Maklumat Anda

Kami percaya bahawa pengunjung laman dan pelanggan perlu mempunyai kuasa ke atas pengumpulan dan penggunaan PII mereka. Berikut adalah bagaimana anda boleh mengawal dan mempunyai akses terhadap maklumat anda:

  • Langganan buletin dan pembatalan langganan
    Jika pada sebarang masa anda ingin mengubah alamat emel anda atau membatal langganan dari buletin kami anda boleh ke bahagian "Buletin" di laman kami dan ikut arahan bagi menukar alamat emel anda atau membatal langganan.
  • Maklumat Tempahan
    Jika pada sebarang masa anda ingin meminda PII yang anda berikan kepada kami dalam tempahan anda, sila hubungi kami.
  • Ingat butiran saya untuk kali seterusnya
    Jika pada sebarang masa anda mahukan kami berhenti mengingati butiran anda untuk tempahan anda berikutnya, jangan tanda "Ingat butiran saya untuk kali seterusnya" apabila anda membuat tempahan kali seterusnya, atau hubungi kami.
  • Umum
    Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan sebarang PII anda yang kami simpan, sila hubungi kami.

Bagaimana Kami Melindungi Maklumat Anda

Bagi memastikan kerahsiaan PII anda, kami menggunakan teknologi keselamatan dan prosedur terkemuka yang sentiasa disemak dan dikemaskini.

Kami juga telah memperoleh sijil digital dari kumpulan VeriSign, peneraju industri dalam bidang perlindungan dan pengurusan penghantaran data.

Sistem kami telah dikonfigurasi mengikut piawai industri teknologi penyulitan data dan firewall. Apabila anda menghantar PII kepada kami menerusi Internet, data anda dilindungi oleh teknologi Secure Socket Layer (SSL) bagi memastikan penghantaran yang selamat.

Polisi Aduan Hak Cipta

1. Pemberitahuan pelanggaran

Di Asia Web Direct kami menghormati hak cipta orang lain. Jika anda percaya secara jujurnya bahawa material daripada kami melanggar hak cipta anda, anda (atau ejen anda) boleh menghantar notis bertulis yang merangkumi senarai maklumat di bawah.

Sila berikan maklumat berikut mengikut format ini:

  1. Pengenalan jelas karya hak cipta yang anda dakwa telah dilanggar.
  2. Pengenalan jelas material yang anda dakwa melanggar karya hak cipta, dan maklumat yang dapat membantu kami mengesan material tersebut dalam laman web, seperti pautan ke material terbabit.
  3. Maklumat untuk menghubungi anda agar kami dapat menjawab aduan anda, sebaik-baiknya merangkumi alamat emel dan nombor telefon.
  4. Masukkan kenyataan berikut: "Saya percaya secara jujurnya bahawa material yang didakwa sebagai cetak rompak tidak diberi kebenaran oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang."
  5. Masukkan kenyataan berikut: "Saya bersumpah, di bawah penalti sumpah bohong, bahawa maklumat dalam pemberitahuan ini adalah tepat dan saya ialah pemilik hak cipta, atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik, yang mempunyai hak eksklusif yang dikatakan dilanggar."
  6. Notis mesti ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak eksklusif yang dikatakan dilanggar.

Notis dakwaan cetak rompak pada laman web ini mesti diemel ke copyright@asiawebdirect.com untuk penyelesaian paling pantas.

Anda juga boleh menghantar notis menggunakan alamat berikut:

  • Asia Web Direct c/o The Legal Department, 7 Baroona Road, Milton, QLD, AUSTRALIA 4064
  • Nombor faks: +61 7 3512 9914
  • Semua surat-menyurat mesti ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kami sarankan agar anda merujuk penasihat guaman anda sebelum memfail notis atau notis balas. Juga, sila maklum bahawa anda boleh dipertanggungjawab untuk ganti rugi (termasuk kos dan bayaran guaman) jika anda membuat dakwaan palsu cetak rompak.

Kami akan melihat dan menumpukan perhatian kepada semua notis yang memenuhi syarat di atas. Harap maklum kami tidak akan memproses aduan anda sekiranya tidak diisi dengan sempurna atau mana-mana maklumat di atas tidak lengkap.

2. Polisi Pelanggar Berulang

Sejajar dengan Akta Hak Cipta Digital Millennium ("DMCA") dan undang-undang lain berkaitan, kami mengamalkan polisi menamatkan, dalam keadaan sewajarnya dan pada budi bicara kami sendiri, pelanggan atau pemegang akaun yang difikir sebagai pelanggar berulang. Kami boleh menghadkan akses ke Laman dan/atau menamatkan akaun mana-mana pengguna yang melanggar apa-apa hak harta intelektual orang lain, tidak kira pelanggaran berulang atau tidak. Jika anda percaya pemegang akaun atau pelanggan ialah pelanggar berulang, sila berikan maklumat yang cukup untuk kami mengesahkannya, apabila mengisi notis anda. Jika Polisi ini diterjemah ke dalam bahasa lain dan berlaku perselisihan antara Polisi ini dan terjemahan, maka teks dalam bahasa Inggeris mengatasinya.

 
masuk daftar